Jumaat, 6 Disember 2013

PERISIAN - Iman. Aplikasi Miminalis Waktu Solat Untuk iOS

Dengan kesibukan masa bekerja dan tugasan yang sentiasa membebankan, kita kadangkala terlupa tentang waktu solat terutamanya apabila bekerja dalam kawasan yang jauh daripada masjid atau surau. Terdapat pelbagai aplikasi waktu solat yang anda boleh peroleh daripada AppStore untuk membantu anda mengatasi masalah ini.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian saya, terdapat satu aplikasi keluaran anak tempatan yang tinggi kualitinya setanding dengan aplikasi aplikasi antarabangsa. Diberi nama Iman, saya hampir terlepas pandang aplikasi ini, namun setelah selesai kemas kini versi terbarunya (versi 4.0) semalam, aplikasi ini telah mengalami 100% penukaran antaramuka pengguna baru yang lebih mesra iOS 7.

Aplikasi ini tersedia dalam versi percuma dan versi pro (berbayar) untuk dimuat turun. Walaupun begitu, kesemua fungsi yang ada pada versi pro adalah sama dengan versi percuma, melainkan dengan beberapa tambahan seperti, pengguna boleh memilih warna apa yang sesuai dengan citarasa mereka.

Dengan kemas kini terbaru ini, disamping menyediakan akses waktu solat dunia, Iman menampilkan fungsi tambahan yang amat berguna seperti, senarai rakaman suara azan yang pelbagai, kompas kiblat, peta lokasi masjid terhampir, Al- Mathurat dan juga tasbih sesentuh.

Disebabkan saya amat menyukai rekaan yang ringkas, kemas, minimalis serta rata, saya dapati Iman amat memenuhi citarasa saya dan pada pandangan saya, ramai yang akan menyukainya juga.

Iman kini boleh dimuat turun melalui iTunes ataupun Appstore dalam versi percuma dan versi pro.

IMAN (Percuma)
IMAN (Pro - $0.99) 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|