Ahad, 8 Disember 2013

INFOGRAFIK - Langkah Langkah Penting Untuk Kereta Anda Ketika Banjir

Seperti kebiasaan, setiap tahun bahagian Pantai Timur negara kita akan mengalami musim tengkujuh pada sekitar bulan November, Disember dan Januari. Pada bulan bulan ini, bahagian tersebut akan menerima taburan hujan yang banyak, dan kadangkala akan menyebabkan berlakunya banjir kilat dan lumpur dalam masa yang singkat.

Adalah amat penting sekiranya, kita mengambil langkah langkah persediaan bagaimana untuk menghadapi situasi bencana seperti ini. Seringkali, antara perkara yang selalu terjejas ketika musim banjir disamping harta benda dan rumah, adalah kenderaan kita.

Kali ini, Rekareka membawakan, ringkasan perkara perkara penting dari aspek penjagaan kenderaan yang perlu diketahui dan dilakukan jika banjir melanda kawasan anda.

Semoga kawan kawan kita di bahagian terjejas banjir; Pahang dan sebahagian Pantai Timur Malaysia akan cepat pulih seperti sediakala.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|