Selasa, 5 November 2013

WEB - Google Helpouts. Laman Web Tutorial Masa Langsung Google

Hari ini Google telah melepaskan khidmat atas talian mereka yang terbaru digelar Google Helpouts. Google Helpouts adalah laman web interaktif yang membolehkan anda belajar tentang sesuatu kemahiran secara berdepan dengan pengajar anda. Khidmat baru Google ini boleh dilayari melalui pelayar web dan juga peranti Android.



Dilancarkan terlebih dahulu secara rahsia pada bulan Ogos lalu untuk kegunaan terkawal sahaja, kini ia telah dilepaskan untuk kegunaan umum dengan lebih daripada 1,000 kelas pengajar mahir yang sedia untuk anda duduki dan pelajari. Buat masa ini, antara bidang jurusan khusus yang disediakan adalah antaranya; Rumah & Perkebunan, Komputer & Elektronik, Kesihatan & Kaunseling, Pemakanan & Kecergasan, Fesyen & Kecantikan, Seni & Muzik, Masakan dan juga Pendidikan.

Dalam sidang medianya pada hari ini, jurucakap Google Helpouts menyatakan bahawa, ruang lingkup pasaran Google Helpouts ini membolehkan anda untuk membaiki komputer anda sendiri, belajar bermain muzik, membakar kek dan pelbagai lagi aktiviti baru yang anda boleh pelajari. Menggunakan kemampuan web dan internet yang ada sekarang, Google Helpouts diyakini untuk mudah digunakan oleh pengguna.

Jika sebelum ini anda menggunakan Youtube sebagai sumber pengajar atas talian anda untuk belajar perkara perkara baru, kini dengan adanya Google Helpouts, pengalaman belajar itu akan menjadi lebih terperinci.

GOOGLE HELPOUTS
MUAT TURUN DI GOOGLE PLAY






SUMBER 1
SUMBER 2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|