Landskap permainan video sentiasa berubah dan berinovasi seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Jika dahulu kita menganggap grafik permainan video pada
PSOne itu sudah cukup baik dan realistik, bandingkan pula dengan apa yang ada pada
PS3 sekarang, pasti kita dapat lihat sejauh mana perbezaannya.
Tahun 2013 dan 2014 menyaksikan gergasi gergasi platform permainan video mula melancarkan konsol generasi baharu mereka, yang sepenuhnya memanfaatkan kelajuan pantas internet dan kebolehan peranti pintar sedia ada yang lain. Sebarang kemajuan anda dalam permainan video tersebut boleh dikongsi dalam masa langsung bersama rakan rakan di media sosial.
Enjin enjin baru yang dibangunkan untuk menjana permainan permainan video generasi baru ini, menghasilkan grafik dan pengalaman yang lebih realistik dan bertindak langsung terhadap tindakan anda. Enjin seperti
Frostbite 3 pada permainan
Battlefield 4 misalnya mampu menghasilkan kesan masa langsung terhadap tindakan anda, selain daripada itu
Cry Engine 4,
Unreal Engine 4 dan
Fox Engine adalah beberapa lagi jenis enjin yang popular untuk konsol permainan video generasi baru ini.
Konsol konsol baru ini, menggayakan rekaan yang ringkas, rapi dan sekata, selari dengan trend masa sekarang yang rata ratanya anda boleh dapati pada setiap perkakasan elektronik baharu, seperti TV LED, telefon pintar malah jam tangan juga.
Ada yang beranggapan, bermain permainan video membuang masa dan tidak mendatangkan apa apa faedah, namun bagi saya, permainan video masa kini lebih memerlukan kemampuan anda berfikir secara kritis dan kreatif untuk melaksanakan misi misi yang diberi. Oleh itu, rangsangan yang diberikan oleh permainan video mampu menjadikan anda lebih kreatif tanpa anda sedari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan