Selasa, 12 November 2013

SENI REKA - Tujuh Peranti Pengesan Jejak Terbaik 2013

Tahun 2013 ini pasti akan sentiasa diingati kerana berlakunya satu perubahan budaya kepada usahawan usahawan teknologi baru serata dunia. Hal ini kerana, dengan munculnya laman laman web pendanaan khalayak seperti Indiegogo dan Kickstarter, inspirasi kepada penciptaan teknologi baru semakin rancak berlaku dalam komuniti kreatif dunia.

Apakah itu peranti pengesan jejak?

Jika dahulu, semasa kedatangan telefon pintar ke dalam pasaran, terdapat beberapa aplikasi yang ditulis khusus untuk menggunakan kemampuan GPS, akselerometer dan internet terbina dalam telefon tersebut.

Pasti anda pernah dengar aplikasi seperti Nike+ Running, RunKeeper, Endomondo, Fitbit dan juga Rantastic. Aplikasi aplikasi yang saya sebutkan tadi adalah aplikasi khusus untuk anda mengesan jejak anda setiap hari untuk kegunaan rekod kesihatan dan juga kecergasan anda.

Berapakah langkah dan sejauh manakah anda sudah berjalan hari ini? Berapa pula kalori yang anda sudah bakar untuk minggu lepas? dan berapa lama anda sudah tidur? adalah beberapa soalan yang boleh dijawab menggunakan aplikasi di atas.

Tahun ini menyaksikan banyak peranti baharu yang dikeluarkan untuk membantu aplikasi aplikasi tadi dengan lebih baik tanpa menghabiskan kuasa bateri telefon pintar anda (merakam data GPS dan muat turun log Internet).

Peranti peranti baru pengesan jejak ini akan bekerja dengan sendirinya sebagai satu unit asing daripada telefon pintar anda. Data data yang tersimpan dalam memori peranti pengesan jejak ini kemudiannya akan dimuat naik ke dalam telefon pintar anda melalui Bluetooth atau pun medium lain.

Dalam artikel kali ini, Rekareka membawakan tujuh peranti pengesan jejak terbaik untuk tahun 2013 untuk bacaan anda, dan mungkin sebagai panduan jika anda hendak memiliki salah satu daripadanya.

NIKE+ FUELBAND SE


WITHINGS PULSE


JAWBONE UP


FITBIT FLEX


MISFIT SHINE


BOWLEX BOOST


FITBUG ORB





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|