Jumaat, 1 November 2013

SENI REKA - Spike. Pengukur Mudah Alih Integrasi Telefon Pintar

Seperti kebiasaannya, apabila kita mahu mengukur sesuatu objek sama ada bersaiz besar ataupun kecil, pasti kita akan menggunakan pita pengukur, dan jika dalam konteks yang lebih rumit, seperti contoh untuk mengukur luas sesuatu kawasan (padang, tanah lot, jalan raya), tentunya kita perlukan pita pengukur yang lebih panjang. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang kaji ukur, pasti untuk tugas tugas seperti ini, anda akan gunakan teodolit dan juga prisma.



Jika anda ada wang yang lebih, anda boleh menggunakan pengukur laser, tetapi  ia mempunyai kelemahan, iaitu tidak boleh digunakan di kawasan yang cerah dan terang. Namun begitu, walaupun ukuran sudah diambil tidak kira menggunakan apa cara sekalipun, anda masih lagi perlu melakukan sedikit kira kira untuk mencari luas dan ukuran keseluruhan kawasan tersebut.

Sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat, yang menggelar diri mereka Ike Boulder Corporation, telah mereka satu alat pengukur laser yang boleh diintegrasikan terus kepada telefon pintar anda. Alat ini direka untuk menggunakan kemampuan GPS dan kamera terbina dalam, di telefon pintar tersebut untuk mengira luas, panjang, tinggi dan jarak sesuatu objek dari kawasan tempat anda berdiri (maksimum 183 meter).

Menggunakan konsep teknologi luasan sebenar (augmented reality) dan perkiraan kaji ukur, alat ini akan berhubung dengan telefon pintar anda melalui aplikasi khusus yang didatangkan sekali. Merujuk kepada video promosi alat ini, terlihat ia dipadankan dengan sistem operasi Android, namun begitu, aplikasi iOS akan dibangunkan tidak lama lagi.

Disokong oleh komuniti Kickstarter, alat ini telah pun mencapai sasarannya untuk mengutip USD$100,000 beberapa hari lepas.

SPIKE









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|