Ahad, 10 November 2013

SENI REKA - Scanadu. Peranti Kesihatan Masa Depan Seumpama Tricoder Star Trek!

Jika anda peminat atau pernah menonton filem Star Trek, pasti anda tahu akan kewujudan peranti pelbagai fungsi yang dikenali sebagai Tricoder. Hadir lebih awal dari abad ke 24, Scanadu Scout adalah peranti masa kini yang dicipta untuk membaca dan menjangkakan maklumat penting tentang manusia dengan hanya menggunakan sentuhan.

Berdasarkan kemampuan Scanadu untuk membaca maklumat dari badan anda dalam bentuk seperti suhu, kadar denyutan jantung, oksimetri nadi dan juga elektrokardiogram. Maklumat maklumat ini akan digunakan untuk memberi laporan awal mengenai status kesihatan anda.

Menurut penciptanya, seorang genius bernama Walter De Brouwer yang sebelum ini pernah bekerja di MIT untuk beberapa projek teknologi berprofil tinggi. Scanadu tercipta berdasarkan peristiwa yang berlaku kepada anaknya sendiri beberapa tahun lepas.

Kecewa dengan betapa rumitnya peralatan yang ada di hospital untuk anaknya, beliau mencari jalan bagaimana semua alat alat ini boleh diringkaskan menjadi sesuatu yang mudah difahami oleh orang biasa.



Jadi beliau terfikir, keadaan semasa memerlukan suatu peranti yang boleh memberi maklumat dan memantau kesihatan manusia di mana sahaja dengan mudah dan murah.

Tricoder Kesihatan ini akan hadir dalam pasaran pada penghujung 2013 dengan harga USD$150 selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Amerika Syarikat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|