Jumaat, 29 November 2013

SENI REKA - Reka Bina Telefon Anda Sendiri dengan RM600

Apabila sesuatu teknologi itu dilepaskan kepada khalayak melalui konsep sumber terbuka, selalunya ia akan lebih senang berkembang dan mudah diterima pengguna. Idea ini telah pun terbukti berkesan dengan kehadiran Android beberapa tahun lepas, begitu juga halnya dengan komputer mini Raspberry Pi, Beagle Board, Arduino, sistem operasi Linux Ubuntu dan yang paling terbaru konsep telefon pintar modular Phonebloks.

David Mellis, salah seorang daripada pengasas platform Arduino, telah memuat naik cetakan biru sistem telefon mudah alih yang mana jika  mengikut trend masa sebelum ini, akan mencapai tahap matang, dan membolehkan teknologi ini dipelajari oleh pengguna. Mellis menggunakan Modul GSM Arduino sedia ada yang membolehkan sistem janaan Arduino untuk mengakses Internet melalui rangkaian selular.

Bertitik tolak daripada konsep dan kemampuan modul sedia ada tersebut, projek ini telah dikembangkan dengan penambahan komponen perkakasan, perisian, skrin LCD, pembesar suara, mikrofon, butang nombor dan juga antaramuka pengguna yang membolehkan hasil gabungan komponen komponen tadi menjadi suatu telefon mudah alih yang lengkap.

Hasilnya, telefon mudah alih yang dipasang sendiri ini, boleh digunakan sebagaimana telefon mudah alih yang lain - untuk membuat panggilan, sistem pesanan ringkas, penyimpanan buku telefon dan juga paparan waktu semasa.

Berpusat di Makmal Media MIT, Mellis telah pun membuat  perancangan dan merangka persiapan yang diperlukan untuk membina telefon mudah alih ini melalui Github. Rajah skematik papan litar tercetak juga telah pun dimuat naik untuk tempahan cetakan dan akses orang ramai di OSH Park.

Dari aspek bekas yang sesuai digunakan pula, terdapat rajah skematik dan arahan secara terperinci bagaimana anda boleh memotong papan lapis dengan menggunakan pemotong laser, khusus untuk projek ini. Namun begitu, beberapa ahli Makmal Media MIT telah pun mereka bekas mereka sendiri mengikut kreativiti masing masing.

BINA TELEFON MUDAH ALIH ANDA SENDIRI

Gambar: Mellis, dilesenkan di bawah Lesen Creative Commons.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|