Khamis, 14 November 2013

SENI REKA - Peg. Penyusun Pelbagai Guna untuk Perkakas Anda

Menjadi tabiat bagi kita untuk melonggokkan perkakas perkakas kecil seperti pemacu kilat USB, kunci, pen, nota dan telefon pintar kita di suatu sudut di atas meja kita selepas pulang daripada kerja. Kadangkala, disebabkan kita terbiasa melonggokkan barang barang ini, kita selalu tersalah letak dan akhirnya barang itu hilang untuk seketika waktu (akibat terlupa).



Memperkenalkan Peg. Peg adalah suatu alat ringkas yang berfungsi sebagai penyusun pelbagai guna anda. Konsepnya sama seperti papan penyusun yang selalu kita nampak di dalam bengkel Kemahiran Hidup semasa zaman persekolahan dahulu, cuma Peg adalah versi yang lebih kecil, moden dan mudah alih.

Diperbuat daripada kerangka aluminum yang dipotong dengan teliti, Peg sengaja dicipta dengan rongga yang banyak supaya anda boleh menyusun atur perkakas anda padanya. Direka oleh sebuah syarikat bernama Federal dari Ottawa, Amerika Syarikat, Peg adalah suatu projek yang masih dijayakan melalui laman web pendanaan khalayak Kickstarter.

Walaupun rekaannya nampak mudah dan senang, tetapi penginovasian terhadap cara penggunaan itu adalah yang lebih penting dan boleh dijadikan inspirasi.

Buat masa ini, Projek Peg berjaya memperoleh dana sebanyak USD$6,440.00 daripada USD$4,500.00 yang dirayu, dan projek ini sudah pun mencapai sasaran walaupun had masa sumbangan masih berbaki 12 hari.

PEG x KICKSTARTER










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|