Khamis, 14 November 2013

SENI REKA - Paparan Dinamik Boleh Ubah Ciptaan MIT Membolehkan Anda Melakukan Sentuhan Virtual!

Baru baru ini, Massachusetts Institute of Technology (MIT) telah menguar uarkan satu demonstrasi projek ciptaan mereka yang digelar sebagai inFORM. Ia adalah sebuah paparan dinamik boleh ubah yang secara fizikalnya boleh merubah rupabentuknya sendiri untuk memimik arahan 3D yang diberikan.



Ia terbina dengan bantuan alat penggerak, penyambung rangkaian dan pin yang disusun dalam satah X dan Y secara bersiri. Dengan memberi arahan pada penggerak, pin pin tadi akan bergerak ke atas dan ke bawah sehingga membentuk paparan 3D yang dikehendaki.

Sebuah projektor yang dipasangkan di atas pin pin tersebut, akan memancarkan cahaya dan kesan warna berdasarkan efek 3D tadi. Dalam video yang dikeluarkan oleh MIT, paparan dinamik ini dilihat mampu memimik rupabentuk tangan operatornya. Selain daripada itu, ia juga memimik rupabentuk buku, menggerakkan bola, memaparkan graf trigonometri (yang ini saya suka!) dan juga carta bar.




Difahamkan, apabila paparan dinamik boleh ubah ini dipadankan dengan kamera Kinect, ia dapat melihat dan memetakan objek 3D lain dengan lebih tepat. Dalam video itu juga, seorang staf MIT, melakukan demonstrasi bagaimana dia menggunakan tangannya untuk menggerakkan sebiji bola dari tempat lain dengan hanya berinteraksi menggunakan Kinect.

Bagi saya, ini adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Ia seolah olah seperti apa yang kita dapat tonton dalam filem Man of Steel ketika babak yang memaparkan teknologi Krypton yang digelar "Liquid Geo".

Menurut MIT, Paparan Dinamik Boleh Ubah ini hanyalah satu langkah kecil dalam perangkaan projek yang lebih besar mereka iaitu, Atom Radikal. Diilhamkan lebih sedekad yang lepas, Atom Radikal adalah projek yang mereka percaya, merupakan cara berinteraksi pada masa depan.


Jika pada hari ini, anda berinteraksi dengan komputer melalui Paparan Antaramuka Grafik Pengguna (GUI / Graphical User Interface), inFORM pula dijangka akan membolehkan anda berinteraksi menggunakan Paparan Antaramuka Pengguna Sentuhan (TUI / Tactile User Interface).

Apa yang menarik dan membuatkan saya agak teruja, pihak MIT menyatakan apabila teknologi kita sudah mencapai atau melangkau TUI, informasi digital akan dapat dimanifestasi dalam bentuk fizikal, seolah olah, sebuah aicberg yang yang muncul dari dasar laut untuk menunjukkan saiznya yang sebenar.

Hebat bukan?

SUMBER
SUMBER 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|