Selasa, 19 November 2013

SENI REKA - Lockitron. Sistem Masuk Tanpa Kunci Menggunakan Telefon Pintar Anda

Beberapa minggu yang lalu Rekareka pernah membawakan artikel serupa tentang sistem pintar tanpa kunci digelar Goji yang membolehkan anda keluar masuk premis tanpa menggunakan kunci seperti kebiasaannya.



Dalam artikel kali ini, sebuah sistem yang lebih kurang sama telah pun dicipta, tetapi mempunyai pendekatan yang berbeza dari segi rekaan, harga dan fungsi kesuluruhannya. Ia digelar Lockitron.

Lockitron tidak seperti sistem kunci pintar yang lain (oh ya, selain Goji dan Lockitron, ada lagu dua sistem lain iaitu August dan Kevo) yang mana memerlukan anda untuk menanggalkan sistem kunci konvensional sedia ada, tetapi anda hanya perlu meletakkan Lockitron selari dengannya. Ia seolah olah suatu sistem kunci tumpangan yang memberikan anda kemampuan optimum untuk mengawal akses keluar masuk rumah anda.

Untuk mengakses sistem kunci Lockitron, anda boleh mereka kunci elektronik anda sendiri dan ianya boleh disuaikan dengan kebanyakkan telefon pintar sedia ada. Jika dalam kalangan ahli rumah anda yang tidak mempunyai telefon pintar, Lockitron juga direka untuk boleh dikases dengan menggunakan perantara SMS.



Untuk memudahkan penyelenggaraan sistem kunci anda, Lockitron dijana dengan kuasa 4 biji bateri bersaiz AA dan direka untuk dapat bertahan selama 6 hingga 12 bulan. Apa yang menariknya, apabila bekalan kuasa bateri sudah hampir habis, Lockitron sendiri akan menghantar teks pesanan di telefon pintar untuk makluman anda.

Walaupun, Lockitron berfungsi penuh menggunakan sistem WiFi rumah anda, ia juga telah dicipta untuk mengambilkira senario apabila ketiadaan kuasa elektrik berlaku. Dalam situasi ini, Lockitron akan secara automatik berhubung dengan peranti pintar anda melalui gelombang Bluetooth 4.0.

Buat masa ini, Lockitron sudah pun mula dijual dengan harga USD$179 (RM570) seunit.

LOCKITRON









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|