Isnin, 4 November 2013

SENI REKA - Loceng Basikal. Suatu Ciptaan Semula

Loceng basikal walaupun kelihatan ringkas dan kecil, tetapi fungsinya amat penting sekali, umpama hon kereta. Ia amat berguna apabila seseorang penuggang basikal itu mahu memaklumkan kehadirannya (mohon laluan) kepada pengguna basikal ataupun pejalan kaki yang berhampiran.

Selalunya, loceng basikal diikat pada hendal basikal dan dibunyikan memggunakan ibu jari. Seringkali, loceng basikal yang terdapat pada basikal tua lebih tahan lama berbanding loceng basikal yang dikeluarkan kini, kerana kualiti buatannya yang sungguh baik.



Menurut sejarahnya, paten loceng basikal boleh dijumpai seawal tahun 1877. Loceng basikal yang ringkas buatannya ini dibunyikan hasil daripada gerakan dua kepingan besi yang berpusing dan mengetuk perumah loceng tersebut.

Masa kini menyaksikan penggunaan basikal dalam bandar semakin bertambah di seluruh dunia (walaupun di Malaysia masih kurang sambutan). Oleh hal yang demikian, Spurcycle, sebuah syarikat daripada San Fransisco telah mereka dan mencipta semula loceng basikal yang efektif dari segi bunyinya dan kelihatan hebat pada basikal anda!

Direka dengan konsep supaya ia padat dan kompak, loceng basikal daripada Spurcycle ini tampak lebih ringkas dan moden. Untuk ketahanan jangka panjang, ia diperbuat daripada campuran komponen keluli tahan karat, aluminum dan juga loyang.

Apa yang menarik, cara Spurcycle mencipta semula loceng basikal ini sungguh mengagumkan kerana ia dicipta untuk tidak berada dalam kerangka loceng basikal tradisional.

Projek loceng basikal ini telah pun berjaya mencapai sasarannya iaitu sebanyak USD$20,000 pada bulan September lepas di laman web Kickstarter.

SPURCYCLE RINGERBELL










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|