Rabu, 20 November 2013

SENI REKA - Kano. Bina Komputer Anda Sendiri Dengan Hanya RM315

Ramai daripada kita yang tahu tentang Raspberry Pi dan Rekareka sendiri pernah mengeluarkan artikel tentangnya tidak lama dahulu. Namun begitu, sejauh manakah kita mengoptimumkan penggunaannya selain daripada menjadi pemain media untuk TV LED kita sahaja?



Pada penghujung tahun 2012, satu kumpulan kolektif yang terdiri daripada 8 orang dari 6 negara berbeza, yang menggelarkan diri mereka Kano, telah mendapat idea untuk mencipta satu sistem yang paling mudah bagi seseorang itu untuk membina komputer mereka sendiri. Antara syaratnya ialah, ianya mestilah murah, ringkas dan sangat senang untuk dibina hatta oleh seorang kanak kanak, seperti LEGO.

Berpegang pada visi mereka sendiri iaitu bahawa 99% teknologi dunia hanya direka oleh sekumpulan kecil manusia dan bersifat tidak cukup terbuka untuk semua. Kano percaya bahawa betapa pentingnya masa depan perlu tercipta dengan keterlibatan semua masyarakat dunia. Mereka juga yakin bahawa sesiapa sahaja mampu menjadi seorang yang kreatif dengan teknologi, tidak kira di negara mana pun mereka berada.

Oleh itu, Kano terbina atas dasar tersebut sebagai permulaan untuk merealisasikan visi mereka - membangkitkan rasa ingin tahu dan mencipta imaginasi yang akan bercambah dengan sendirinya.

Menggunakan keberadaan Raspberry Pi dalam pasaran, Kano telah direka untuk menjadi satu sistem setempat dimana, dalam setiap pakej Kano, akan disertakan;

1. Buku Kano, penuh dengan illustrasi yang menarik
2. Kano OS terbina dalam kad SD bersaiz 8GB
3. DIY Pembesar Suara
4. Raspberry Pi Model B
5. Kombo Papan Kekunci Kano
6. Bekas Tempahan Khas
7. Set Kad Modifikasi dan Stensil
8. Perekat!
9. Kabel: HDMI, USB Mini
10. Plag Elektrik 

11. Anak Kunci WiFi Mini

Apa yang menarik, kesemua perkakas yang disediakan dalam pakej Kano tadi adalah tempahan khas khusus untuk projek ini, dan rekaannya boleh saya katakan amat baik, ringkas dan rapi sekali. Selain daripada itu Kano OS (ditulis semula oleh Kano) adalah sistem operasi terbitan daripada Debian Linux yang menggunapakai antaramuka pengguna seakan akan permainan konsol!

Kano kini telah dimuatkan kedalam laman web pendanaan khalayak Kickstarter dan kini telah mendapat sokongan sebanyak USD$34,399 daripada USD$100,000 yang dirayu. Kempen Kano masih berbaki 29 hari lagi, dan sehingga sekarang mendapat liputan meluas komuniti internet.

KANO 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|