Sabtu, 9 November 2013

SENI REKA - Easy Gimbal. Penstabil Mini Untuk GoPro 3 / GoPro 3+

Mereka yang kreatif sering kali menggunakan kamera GoPro untuk mendapatkan reja video yang menarik dari sudut pandang yang berbeza untuk projek filem mereka. Apa yang sering menjadi masalah adalah, disebabkan saiz GoPro yang kecil dan ringan, ini menyukarkan mereka untuk merakam reja video yang stabil.

Walaupun terdapat penstabil lain yang bersifat pasif, ia masih tidak sepenuhnya sempurna dalam mendapatkan reja video yang stabil. Oleh hal yang demikian, dua sekawan dari bandar Cheyenne, Wyoming ini, diatas label Cordvision telah mereka satu penstabil khusus untuk GoPro yang bersifat aktif.



Mengapa saya katakan ia bersifat aktif? Motor, sensor dan litar terbina dalam penstabil ini, dapat mengesan pergerakan anda dan akan berusaha secara automatik untuk stabil dengan sendirinya. Direka dengan hanya pengaplikasian 3 paksi (pendar, dongak dan pusing) sahaja, penstabil ini boleh saya katakan amat hebat sekali jika dilihat daripada aspek saiz, kos dan kemampuannya.

Menurut Cordvision, Easy Gimbal ini pada asalnya direka dengan hanya menggunakan pencetak 3D kecil, oleh itu pasti anda dapat bayangkan bagaimana ringkasnya ia direka.

Projek Easy Gimbal ini telah pun mencapai sasarannya untuk mendapatkan sokongan orang ramai di Kickstarter pada bulan Oktober yang lepas.

EASYGIMBAL






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|