Sabtu, 16 November 2013

SENI REKA - Coin. Wakilkan Kad Kad Kredit/Debit Anda

Baru baru ini, sebuah syarikat inovasi baru dari San Fransisco mengumumkan produk pertama mereka digelar Coin. Mempunyai nama yang sekali dipandang berkaitan dengan wang dan perbelanjaan, Coin merupakan kad pintar yang membolehkan anda menyimpan sehingga 8 jenis kad berbeza dalam satu satu masa - kad kredit, kad debit, kad ahli, kad promo dan pelbagai kad yang menggunakan prinsip yang sama dengan kad kredit, dan apa yang menarik, anda boleh memilih untuk menggunakan kad mana yang anda mahu pada masa masa tertentu.



Seperti yang anda tahu, kad kad sedia ada menggunakan prinsip jalur magnetik untuk menyimpan data data tertentu. Misalnya, jalur magnetik pada kad kredit akan menyimpan data kewangan anda, begitu juga dengan jalur magnetik pada kad keahlian yang menyimpan perincian keahlian anda. Oleh itu, Coin menggunakan prinsip ini dengan mengaplikasikan ciptaan mereka yang masih menanti untuk dipatenkan iaitu, jalur magnetik yang boleh bertukar maklumat mengikut kehendak pengguna.

Coin dipasarkan bersama suatu pembaca khas kecil yang digunakan untuk membaca kad yang anda ingin daftarkan. Pembaca khas ini akan dipadankan dengan telefon pintar anda (iOS atau Android) lalu menyelarikan maklumat yang diterima dari pembaca khas ini kepada Coin melalui Bluetooth Berkuasa Rendah (prinsip protokol sama seperti alat pengesan jejak kecergasan).

Menurut pengeluar Coin, bateri terbina dalamnya mempunyai jangka hayat selama dua tahun yang mana bateri ini akan memberi kuasa kepada paparan kecil yang akan memaparkan empat digit terakhir kad anda, tarikh luput dan juga nombor CVV.

Disebabkan Coin akan sentiasa berhubung dengan peranti pintar anda melalui Bluetooh, maka jika Coin anda tertinggal atau dicuri, aplikasi khusus Coin akan memaklumkan perkara ini kepada anda secara automatik.

Coin kini dijual untuk pra-pesanan dengan harga USD$50.00, dan apabila ia dilepaskan kepada pasaran kelak, ia akan dijual dengan tanda harga USD$100.00.

COIN



FASA PROTOTAIP








SUMBER


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|