Rabu, 27 November 2013

SENI REKA - Chipolo. Penjejak Kecil Janaan Bluetooth

Akhir akhir ini, banyak syarikat usahawan teknologi telah muncul dengan pelbagai teknologi kecil baharu yang memudahkan urusan hidup manusia saban hari. Antara yang terbaru adalah - Chipolo, penjejak kecil janaan Bluetooth yang amat mudah untuk digunakan.



Direka dan dibangunkan daripada gabungan dua syarikat usahawan teknologi Geartronik dan Nollie Apps, Chipolo adalah sebuah penjejak kecil berbentuk bulat leper yang membolehkan anda menjadikannya penjejak mudah alih pelbagai kegunaan. Berhubung melalui Bluetooth dengan telefon pintar anda, Chipolo boleh digunakan sama ada dengan peranti iOS mahupun Android.

Menurut para pembangun Chipolo, penjejak kecil ini boleh dijejak sehingga jarak 60 meter dari tempat pengguna berada, dan apabila Chipolo mula terkeluar dari jarak efektinya, satu notifikasi akan dihantar secara automatik ke telefon pintar. Jika pengguna terlepas pandang akan notifikasi itu, aplikasi khusus Chipolo yang boleh dimuat turun akan mendaftarkan lokasi GPS terakhir Chipolo itu berada.

Apa yang menarik, seringkali jika anda terlupa dimanakah letaknya telefon pintar anda, anda hanya perlu menggoncangkan Chipolo, lalu telefon anda akan mula berdering.



Mendapat publisiti meluas melalui komuniti pendanaan khalayak Kickstarter, Chipolo sudah pun mencapai sasaran belanjawannya iaitu USD$15,000, malah sehingga ke hari terkahir kempen mereka, mereka berjaya mengutip USD$293,014 daripada orang ramai.

Buat masa ini, hanya Android dan iOS sahaja yang mampu menyokong Chipolo melalui aplikasi yang ditulis khas. Menurut para pembangun, sokongan pada plaform Windows Phone akan siap dibangunkan pada tahun hadapan.

Chipolo yang dikeluarkan dalam sembilan warna ini akan mula menemui penggunanya dalam pasaran atas talian pada Januari 2014.

CHIPOLO 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|