Ahad, 10 November 2013

SENI REKA - The Box. Projek Unjuran Pemetaan Yang Menakjubkan

Bot & Dolly sebuah syarikat rekaan dan kejuruteraan robotik yang terletak di San Fransisco telah memuat naik video projek unjuran pemetaan mereka yang mengolah kemampuan padanan grafik 3D janaan komputer dan tangan robotik secara maksimum.



Jangan tersilap, sekali pandang, seolah olah video ini dibuat menggunakan Adobe After Effects. Tetapi sebenarnya, skrin skrin tersebut digerakkan dengan dua tangan robotik, disamping pancaran imej oleh dua projektor berdefinisi tinggi.

Kesan simulasi yang dipancarkan memimik keadaan sebenar apungan dan telepengangkutan. Diinspirasikan daripada persembahan silap mata, video ini diakhiri dengan kesan infiniti yang menunjukkan pelakon berjalan melalui jalan yang tiada penghujung.

Menurut penerbit filem ini, beliau percaya perubahan radikal terhadap persembahan teater dapat memberi impak kepada ekspresi genre baru.

THE BOX  




DI SEBALIK TABIR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|