Sabtu, 30 November 2013

SENI REKA - Belajar Bagaimana Roti Dibakar Pada Zaman Dahulu

Berapa ramai daripada anda yang sememangnya mengambil tahu dari manakah makanan anda berasal dan diperbuat? Tambahan pula masa kini menyaksikan, banyak makanan siap proses dijual merata rata. Bread from Scratch adalah suatu projek thesis sarjana oleh seorang pereka yang bernama Mirko Ihrig yang berasal dari San Fransisco, Amerika Syarikat.

Bertitik tolak daripada sifat manusia (saya dan anda) waktu kini yang sememangnya tidak mengambil tahu sepenuhnya bagaimana dan dari mana makanan yang kita makan setiap hari disiapkan, Mirko Ihrig telah mereka tanur tanah liat dan batu penggiling mudah alih untuk membangkitkan rasa ingin tahu tersebut.

Dengan menyediakan segala peralatan dan utensil untuk membakar roti daripada mula sampai akhir, set mudah alih ini terdiri daripada tanur tanah liat, batu penggiling, balang, mangkuk, papan penguli dan juga senduk. Lengkap semuanya untuk anda mula membakar roti.

Projek seperti ini, sememangnya membangkitkan rasa ingin tahu manusia, tentang bagaimana sesuatu perkara itu terjadi. Tambahan pula, sekarang, semuanya sudah tersedia dan disiapkan untuk kegunaan kita. Ia adalah sesuatu nilai yang telah mula hilang dalam budaya manusia masa kini.

Dengan melibatkan pencipta dan juga pengguna secara langsung dalam semua proses, ternyata projek seperti ini berupaya mendapat sambutan ramai seperti yang anda boleh lihat dalam dalam Projek Kano, Projek Phonebloks dan juga Projek DIY Telefon Mudah Alih sebelum ini.

Mengujakan!

BREAD FROM SCRATCH















  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|