Selasa, 26 November 2013

SENI BINA - Reka Bentuk Hiasan Dalam Pejabat Evernote

Seringkali, disamping saya menggunakan Pinterest, Behance dan juga Dribble sebagai sumber untuk mencari inspirasi, saya juga akan gandingkan ia bersama Evernote. Suatu aplikasi rentas platform yang membolehkan anda menyelaraskan nota dan catatan melalui mana mana peranti milik anda, tidak kira sama ada ianya Android, iOS, mahupun Windows Phone.

Baru baru ini, Evernote sudah pun berpindah ke pejabat baru mereka yang lebih kemas, ringkas dan moden yang terletak di Redwood City. Direka oleh O+A Studio, pejabat ini telah disiapkan dengan belanjawan yang sedikit namun masih mengekalkan kreativiti dan nilai estetikanya yang tersendiri. Lihat sajalah bagaimana susun atur perabotnya dan juga bahan yang digunakan untuk proses kemasan akhir yang memanfaatkan keluasan kawasan pejabat itu sendiri.

Selain daripada itu, menjadi kebiasaan pejabat pejabat syarikat kreatif masa kini, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setempat untuk para pekerjanya seperti, ruang rehat, gimnasium, kubikel perbincangan dan juga kantin.

Menurut O+A Studio, belanjawan yang kecil serta masa kerja yang terhad tidak menghalang sebarang perkembangan idea dan kreativiti semasa mereka menyiapkan pejabat Evernote ini, malah sebaliknya masalah masalah tersebutlah yang membolehkan mereka berfikir diluar kotak.

Menarik bukan?
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|