Khamis, 28 November 2013

SENI BINA - Inspirasi Ikan Pari Pada Terminal Lapangan Terbang Shenzen

Terletak di bahagian utara Hong Kong, bandaraya Shenzen yang dahulunya (sebelum era dasar terbuka China, sekitar 1980 an) hanyalah sebuah kampung kecil sahaja. Namun kini, setelah beberapa dekad, Shenzen adalah satu kota moden yang menjadi hub syarikat syarikat elektronik baharu dan juga tumpuan perlabur pelabur asing.



Dengan keadaannya yang pesat membangun ini, lapangan terbang sedia ada Shenzen yang dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an telah menambah kapasiti penggunanya dengan memperkenalkan Terminal 3. Direka oleh pasangan arkitek suami isteri Massimiliano dan Doriana Fuksas dari Itali, Terminal 3 telah diinspirasikan daripada rupabentuk Ikan Pari Kola (Manta Ray) yang disifatkan oleh mereka seekor ikan yang mampu terbang di dalam air seolah olah seekor burung.

Dari aspek binaan dalamannya pula, ia dipenuhi dengan reka bentuk dalaman sarang lebah pada bahagian atas yang membantu pencahayaan semula jadi ketika waktu siang di seluruh kawasan terminal itu.

Apa yang menarik, selain daripada ikan Pari Kola dan juga sarang lebah, sistem pendingin hawa terminal ini dibentuk untuk menyerupai rupabentuk dahan pokok.

Menurut laporan, nilai kos keseluruhan lapangan terbang ini berjumlah hampir 8.5 bilion Yuan (RM4.53 bilion) dan dianggarkan mampu menampung 45 juta orang pengguna sehingga tahun 2020.

Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio
Gambar: Fuksas Studio





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|