Rabu, 13 November 2013

REKA SEMULA - Konsep Rekaan Semula Aplikasi Rasmi Twitter untuk iOS

Sebelum ini Rekareka pernah membawakan konsep rekaan semula aplikasi Twitter yang memaparkan antaramuka pengguna bagi pelayan web. Seperti yang anda ketahui, terdapat beberapa aplikasi parti ketiga lain untuk Twitter di platform iOS. Antara yang popular adalah seperti Tweetbot, Twitterific dan Echofon yang menggunapakai rekaan antara muka rata, moden dan ringkas.

Disebabkan iOS 7 sememangnya sudah 100% mengenakan pendekatan minimal, aplikasi rasmi Twitter juga mengikut jejak langkah itu sejurus selepas kemas kini iOS 7 dilepaskan tidak lama dahulu. Namun begitu, rombakan rekabentuk yang dilakukan tidaklah begitu ketara. Hanya beberapa komponen asal saja ditukarkan daripada reka bentuk Skeuomorf kepada yang lebih ringkas dan minimal.

Seorang pereka grafik dari Minsk, Belarus bernama Maxim Eriomov telah mereka satu konsep rekaan baru untuk Twitter yang lebih mesra iOS 7. Boleh dikatakan rekaan ini tidak langsung mengekalkan ciri rekaan asal (palet warna dan ikon), tetapi diilhamkan terus dari awal sampai akhir. Beberapa fungsi baru seperti; pratonton profil tanpa perlu pergi ke profil utama disertakan sebagai konsep idea untuk rekaan semula ini.

Mungkin satu hari nanti, aplikasi asal Twitter akan dirombak dan direka semula untuk lebih bersifat ringkas dan minimal serta lebih agresif seperti yang boleh dilihat pada aplikasi Instagram dan Youtube. Namun begitu konsep rekaan sebegini adalah lebih mudah untuk direka daripada direalisasikan dalam bentuk benar.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|