Jumaat, 22 November 2013

REKA SEMULA - Ganti Ikon Utama Windows Anda Dengan Ikon Ringkas Ini! Percuma!

Disamping menjadikan set Hackintosh saya sebagai medium utama untuk membuat kerja, saya juga kadangkala menggunakan Windows untuk melakukan kerja analisis kejuruteraan yang memerlukan penggunaan perisian khusus yang tiada pada OSX, dan juga sudah tentu, untuk bermain permainan video terbaru.



Sejajar dengan trend dan ikutan rekaan masa kini, ikon sedia ada Windows 7 tidaklah begitu sedap dipandang pada masa sekarang. Oleh hal yang demikian, saya cuba mereka semula ikon ikon Windows yang selalu dapat dilihat pada tetingkap utama sejurus selepas komputer dihidupkan.

Ikon ikon berikut adalah; My Computer, User Document, Network dan juga Recycle Bin.



Anda boleh muat turun pek ikon ini secara percuma untuk kegunaan anda sendiri dan juga rakan rakan. Ianya sudah pun ditukarkan kedalam format .ico supaya senang untuk digantikan. Tutorial bagaimana untuk menukar ikon ikon tersebut boleh dibaca di sini.

MUAT TURUN PEK IKON RINGKAS UNTUK WINDOWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|