Khamis, 7 November 2013

REKA SEMULA - Facebook Memperkenalkan Rekaan Baru Butang Like dan Share

Jika anda perasan, butang Like dan juga butang Share yang ada pada laman laman web kegemaran anda, mula diperkenalkan pada tahun 2010, dan tidak banyak perubahan dari segi rupa bentuknya sehingga kini, walaupun butang Like dan Share tersebut sudah dilihat lebih 22 bilion kali oleh pengguna serata dunia.


Walaupun ia kecil, butang butang ini boleh dikatakan sebagai tanda dagang bagi Facebook, dan semua laman web yang ingin kandungannya dikongsikan dengan cepat di media sosial perlu memasukkan butang ini ke dalam laman web mereka. Kini Facebook telah mengumumkan untuk mula melakukan perubahan daripada segi warna dan rekabentuk untuk butang kecil tersebut.


Buat masa ini, Facebook telah melakukan ujian percubaan rekaan butang butang baru ini dibeberapa laman web, dan saya percaya, rekaan baru ini telah melalui beberapa siri penukaran rekabentuk sehingga menjadi seperti apa yang sedang dicuba sekarang. Hal ini kerana, Facebook ingin menjadikan butang kecil ini disamping berguna kepada pengguna laman web, ia juga mampu diterima oleh orang ramai.

Sekali lagi, saiznya yang kecil tidaklah meggambarkan tugas yang kecil juga, butang butang ini sebenarnya mampu menarik beribu ribu trafik dengan cepat dan efisien untuk sesuatu laman web itu.


Untuk pemilik blog dan laman web, anda tidak perlu menukar atau melakukan apa apa perubahan pada kod pengaturcaraan butang butang ini, kerana Facebook sendiri akan mengemaskini sumber imej yang baru untuk anda.

SUMBER



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|