Khamis, 21 November 2013

PERISIAN - Windows Phone Kini Mendapat Sokongan Rasmi Aplikasi Popular Instagram dan Waze!

Rekareka pernah menulis satu artikel berkenaan pengumuman aplikasi rasmi Instagram akan dilepaskan untuk pengguna Windows Phone tidak lama dahulu dan pada hari ini pengguna Windows Phone pasti berasa gembira dengan pengumuman tersebut.



Selepas jabatan peranti mudah alih Nokia diambilalih oleh Microsoft, kedua dua syarikat gergasi ini telah bertungkus lumus untuk meyakinkan Instagram supaya membangunkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna Windows Phone. Dengan slogan 2InstaWithLove, usaha ini telah terbukti berjaya, selepas Nokia dan para penggunanya berkempen selama 6 bulan.

Namun begitu, buat masa ini Instagram untuk Windows Phone masih dalam peringkat Beta dan ia tidak mempunyai fungsi untuk merakam video lagi. Mungkin apabila aplikasi ini sudah cukup stabil dalam persekitaraan Windows Phone, fungsi fungsi asal akan turut disertakan kelak.

Apa yang memeranjatkan, kehadiran aplikasi navigasi sosial popular Waze adalah sesuatu yang tidak dijangka. Walaupun pihak Waze ada menyatakan cita cita untuk membangunkan aplikasi rasminya untuk Windows Phone beberapa bulan lalu, namun selepas Waze dibeli oleh Google, ramai yang beranggapan cita cita ini hanya tinggal mimpi sahaja.

Sudah pastinya dengan kerberadaan dua aplikasi popular ini, ramai lagi pengguna baru akan mula cuba cuba untuk menjadikan Windows Phone sebagai platform telefon pintar mereka.

Kini, untuk anda para pengguna Windows Phone 8, Waze dan Instagram boleh dimuat turun secara percuma dalam Windows Phone Store.

INSTAGRAM



WAZE







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|