Khamis, 7 November 2013

PERISIAN - SolCalendar. Aplikasi Kalendar Android yang Komprehensif dan Cantik

Disamping lambakan aplikasi pihak ketiga untuk fungsi kalendar pada peranti Android anda, ada satu aplikasi yang pada pandangan saya amat komprehensif sekali. Apa yang membuatkan ia lain daripada aplikasi yang lain adalah kerana pendekatan antaramuka penggunanya yang begitu ringkas dan efisien.



Ya, memang ada aplikasi kalendar lain yang mempunyai antaramuka ringkas, tetapi, aplikasi yang digelar SolCalendar ini lebih baik dari semua segi yang patut ada pada sesuatu aplikasi kalendar itu. Disokong oleh kemampuannya untuk mengintegrasikan Google Calendar, Yahoo! Calendar, Apple iCloud dan semua jenis kalendar yang menggunakan format CalDAV membuatkannya menjadi pilihan pengguna.

Apa yang menarik, maklumat ramalan cuaca untuk 7 hari akan datang telah tersedia untuk pengguna merangka aktiviti menggunakan kalendar ini. Selain itu, pengguna juga boleh terus berkongsi aktiviti baru yang dimasukkan melalui media sosial, SMS dan juga emel.

SolCalendar tidak memerlukan anda untuk mendaftar apa apa akaun baru untuk mula menggunakannya. Sejurus aplikasi ini dimuatkan dalam peranti Android anda, ia secara automatik akan diintegrasikan dengan suapan kalendar sedia ada anda.

SOLCALENDAR
MUAT TURUN DI GOOGLE PLAY







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|