Rabu, 6 November 2013

PERISIAN - Knock. Aplikasi Log Masuk Rentas Peranti Apple

Pernahkah anda bayangkan, bagaimana mudahnya jika apabila anda menghampiri komputer peribadi anda, ia terus terhidup secara automatik ke paparan utama. Kedengaran semacam rumit dan terlalu futuristik, tetapi aplikasi Knock yang baru ini membolehkan anda melakukan semua itu. Knock dicipta untuk anda log masuk ke Mac anda dengan hanya mengetuk skrin sesentuh iPhone anda beberapa kali.

Menggunakan teknologi Bluetooth Kuasa Rendah 4.0, ia berfungsi dengan memadankan Mac anda dengan iPhone anda seterusnya membolehkan anda log masuk ke paparan utama tanpa perlu memasukkan kata kunci seperti kebiasaannya.

Menurut ruang suapan emel dari laman web ini, Knock untuk Windows masih belum disediakan, boleh jadi ini adalah gambaran bahawa Knock akan datang ke platform Windows satu masa nanti.



Untuk menjelaskan bagaimana Knock beroperasi, pihak pembangun aplikasi ini telah memuat naik video promo yang menarik buat tatapan pengguna.

Mudah bukan?

KNOCK




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|