Ahad, 17 November 2013

INFOGRAFIK - Torium Sumber Tenaga Elektrik Janaan Nuklear Masa Hadapan

Sekitar tahun 1960 hingga 1970, suatu projek untuk membangunkan teknologi Reaktor Garam Lebur telah dijalankan di Amerika Syarikat melalui Makmal Nasional Oak Ridge milik mereka. 

Selepas beberapa ketika, berdasarkan teknologi itu yang telah berjaya dibangunkan, suatu projek eksperimen baru untuk membina prototaip Reaktor Cecair Garam Torium-Fluorida pula dimulakan. Ia bertujuan untuk mengkaji setinggi mana suhu larutan Garam Torium-Fluorida dapat dipanaskan dalam bentuk cecair, supaya kos pembuatan rod rod bahan api dapat yang tinggi dapat dimansuhkan.

Eksperimen tadi menjadi sebahagian daripada Eksperimen Reaktor Garam Lebur yang menggunapakai Torium 232 sebagai bahan penyubur nuklear manakala, Uranium 233 sebagai bahan bakar pembelahan. Reaktor ujikaji ini telah beroperasi secara selamat selama 5 tahun tanpa sebarang masalah.

Pada tahun 1976 (Era Perang Dingin), disebabkan kekurangan dana, Eksperimen Reaktor Garam Lebur telah diberhentikan oleh Kerajaan Amerika Syarikat untuk memberi laluan kepada perlumbaan senjata nuklear AS - Kesatuan Soviet. 

Disebabkan reaktor reaktor nuklear sedia ada menggunapakai teknologi Uranium sebagai bahan api utama, Amerika Syarikat memberhentikan Eksperimen Reaktor Garam Lebur kerana reaktor nuklear Uranium boleh menghasilkan Plutonium sebagai bahan buangan, yang mana boleh ditapis untuk pembuatan senjata nuklear.

Hari ini, dengan keberadaan Internet dan akses maklumat yang pantas. Idea untuk mebangunkan semula teknologi Reaktor Torium kembali menjadi perbualan hangat saintis saintis dan kerajaan yang ada di dunia. Buat masa ini, sehingga tahun 2013, Republik China sedang giat membangunkan teknologi ini, manakala India pula dijangka akan sampai ke tahap pengoperasian Reaktor Torium mereka sendiri menjelang 2025

Di bawah ini, Rekareka membawakan satu infografik berkenaan Apakah itu Torium dalam konteks kita negara Malaysia. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|