Laman web bergerak balas (WBB) atau lebih dikenali sebagai Responsive Web Design (RWD) adalah satu cara mereka laman web yang semakin menjadi perhatian pada masa kini. Kalau dahulu laman web gemar direka menggunakan HTML dan dalam ada suatu ketika dalam 5 tahun belakangan yang lalu diikuti pula dengan Flash, kini WBB lebih menjadi perhatian.
WBB mengetengahkan cara mereka laman web dengan tujuan mengoptimumkan pengalaman melihat (viewing experience), memudahkan pembacaan dan juga mempercepatkan navigasi.
Disebabkan ledakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, WBB lebih diminati oleh pereka laman web pada masa kini kerana sifatnya yang mesra kepada apa apa sahaja saiz skrin peranti mudah alih tersebut.
WBB boleh dikatakan sudah menjadi ikutan masa kini dalam dunia Internet. Laman web Awwaards ada memberikan senarai laman web WBB yang terbaik untuk anda jadikan inspirasi.
Awwaards Responsive Web Design List
WBB boleh dikatakan sudah menjadi ikutan masa kini dalam dunia Internet. Laman web Awwaards ada memberikan senarai laman web WBB yang terbaik untuk anda jadikan inspirasi.
Awwaards Responsive Web Design List
Di Malaysia, ada beberapa laman web komersil daripada syarikat syarikat terkemuka yang sudah beralih kepada pendekatan WBB. Antaranya ialah;
Maybank Malaysia
Maxis & Hotlink
TM Malaysia
ASTRO Radio
Tiada ulasan:
Catat Ulasan