Selasa, 22 Oktober 2013

WEB - Dash. Aplikasi Atas Talian Untuk Anda Belajar Mereka Laman Web

Baru baru ini. General Assembly telah melancarkan satu laman web yang memberikan panduan asas, langkah demi langkah, untuk anda mereka laman web anda sendiri secara percuma.

Pada masa sekarang, hampir semua diantara kita pernah menggunakan kod kod atau bahasa pengaturcaraan mudah seperti HTML, CSS dan Javascript dalam penggunaan internet kita sehari hari. Seperti contoh, meletakkan video daripada Youtube ke dalam blog kita, menambah perkakas "plugin" ke dalam Wordpress dan sebagainya.



Tambahan pula, hampir semua kursus profesional di peringkat IPT sekarang, mewajibkan pelajarnya untuk mengambil kelas pengaturcaraan asas, seperti C++ yang selalu digunakan dalam perisian MATLAB misalnya.

Aplikasi yang dipanggil Dash ini, membantu pengguna belajar menggunakan bahasa pengaturcaraan mudah yang tahap kesukarannya semakin bertambah melalui 4 projek berbeza. Apa yang saya boleh katakan, menjelang penghujung panduan asas ini, anda akan dapat belajar dan faham dengan mudah bagaimana semua pengaturcaraan ini berhubung -- bermula daripada sebuah laman web untuk "kawan" anda Anna sehinggalah kepada mereka sebuah Robot menggunakan CSS.

Menurut Brad Hargreaves, pengguna akan lebih mudah dan seronok untuk menguasi kemahiran baru ini berbanding dengan cara konvensional, iaitu penggunaan ayat dalam buku panduan.

DASH








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|