Sabtu, 12 Oktober 2013

WEB - 100 Momen McDonald's

McDonald's UK mahukan sesuatu yang unik untuk pelanggan dan peminatnya berkongsi pengalaman mereka bersama ketika makan di McDonald's.

Laman web ini dibina oleh Razorfish dengan usahasama Goodboy Digital. Sekali pandang, laman web ini seperti dibangunkan menggunakan platform Flash. Tetapi apabila anda sendiri melayarinya, pasti anda akan menyedari satu kelainan unik yang ada pada laman web ini.

Dengan perlaksanaan kempen "Apakah Momen McDonald Anda", pengisian web ini dipenuhkan dengan momen istimewa yang dihantar oleh para pelanggan serata United Kingdom. Cerita yang dihantar kemudiannya disaring dan diilustrasikan dengan begitu sempurna sekali.

Apa yang mengujakan, pengalaman anda melayari laman web ini dalam peranti mudah alih seperti iPad atau tablet Android. Di situ anda dapat saksikan bagaimana laman web ini diinteraksikan dengan lancar sekali, dan ianya bersifat bergerak balas dengan apa sahaja saiz peranti anda.

100 MOMEN MCDONALD'S







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|