Jumaat, 18 Oktober 2013

SENI REKA - Replika Saiz Sebenar Knight Rider

Bagi kanak kanak yang lahir penghujung era 80-an dan awal 90-an, pasti tahu apa itu Knight Rider. Knight Rider adalah satu drama bersiri televisyen popular, mengisahkan sekumpulan pembanteras jenayah yang mempunyai pelbagai alatan canggih, kecerdasan buatan dan juga sebuah kereta yang hebat! dipanggil KITT.


Seorang lelaki bernama Chris Palmer, mereka semula KITT menggunakan model kereta yang serupa dengan apa yang digunakan dalam drama bersiri tersebut, cuma model asal yang digunakan adalah Pontiac Trans Am '82, manakala Palmer menggunakan model '91.



Palmer mengambil masa hampir 3 tahun untuk menyiapkan kereta ini. Apa yang mengujakan, cuba anda perhatikan papan pemuka replika KITT ini, boleh dikatakan serupa seperti yang anda pernah tonton dahulu! Sungguh teliti!

Turbo Boost!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|