Jumaat, 11 Oktober 2013

SENI REKA - Nest Protect, Penggera Asap Berekabentuk Baharu

Di Malaysia, pengaplikasian penggera asap bukanlah satu kemestian atau budaya dalam masyarakat kita. Namun begitu, dalam bangunan bangunan baru yang dibina mengikut spesifikasi CIDB dan JKR serta BOMBA. Penggera asap termasuk dalam sistem pencegahan kebakaran.

Seringkali, jika anda ke hospital, bangunan kerajaan atau kompleks beli belah, anda pasti terlihat akan penggera asap konvensional yang dipasangkan di siling siling bangunan tersebut. Ia datang dalam bentuk separuh sfera atau pun bulat. Bentuk konvensional tersebut agak terkebelakang dari segi rekabentuk antaramuka penggunanya.



Tony Fadell dan pasukan kreatifnya dalam NEST telah mereka semula penggera asap konvensional menjadi sesuatu yang 100% baru dan mengujakan!. Untuk pengetahuan anda Tony pernah terlibat dalam proses penghasilan iPod dan juga iPhone satu masa dahulu. Kini, bersama dengan pasukan barunya, beliau mengaplikasikan apa yang Apple selalu lakukan; Penginovasian terhadap produk biasa, sempurnakan produk yang sudah ada.

Menariknya, Nest Protect bukanlah satu penggera semata mata, tetapi ia juga boleh disegerakkan bersama sama peranti iOS anda. Untuk mematikan penggera jika ikan yang anda goreng terhangus, anda hanya perlu melambai sahaja ke arah Nest Protect. Pintar bukan?

NEST PROTECT








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|