Ahad, 13 Oktober 2013

SENI REKA - Kutleri Perak Inspirasi Era Pra Sejarah

Jika anda masih ingat gambar gambar dalam buku sejarah sekolah menengah, pada topik pra sejarah ketamadunan manusia, pasti anda akan terlihat akan kutleri purba yang diperbuat daripada batu batuan mahupun logam.

Hari ini, rekabentuk kutleri yang kita selalu gunakan iaitu sudu dan garfu (kadangkala pisau) adalah sama sahaja. Oleh sebab itu, sebuah firma rekaan dari Jepun iaitu Nendo, telah cuba untuk memecahkan rekaan tradisi ini.

Berinspirasikan daripada kutleri purba, Oki Sato iaitu pereka daripada Nendo telah mereka set kutleri ini dengan begitu teliti sekali. Set yang digelar Sekki (石器) yang bermaksud peralatan batu dalam bahasa Malaysia ini juga telah dibantureka oleh firma tempaan besi, Kobayashi Kogyo.

Jika anda lihat kemasan pada setiap sudut kutleri ini, sebahagian daripadanya digilap, manakala sebahagian lagi dibagas pasir untuk mendapatkan cerminan rupabentuk asimetri batu.







SUMBER.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|