Khamis, 3 Oktober 2013

SENI REKA - Jolla. Telefon Pintar Baharu Janaan Sailfish OS.

Selepas munculnya telefon pintar pertama janaan Android pada tahun 2008. Lanskap telefon pintar dunia terus berubah. Perspektif orang ramai juga yang pada mulanya skeptikal dengan telefon pintar skrin sesentuh telah mula perlahan lahan mempercayai kemampuannya.

Pada akhir 2009 juga, saya juga pertama kali memperoleh telefon pintar Android saya. Seingat saya itu adalah telefon Android ke dua yang dilancarkan. HTC Hero G2.

Kini pada masa kita menuju ke akhir tahun 2013, sekumpulan usahawan-teknologi dari Findland telah membuat satu inisiatif membangunkan sejenis telefon pintar yang dijanakan oleh sistem operasi sumber terbuka, SailfishOS.



Apa yang menariknya fasal telefon ini adalah, rekabentuknya yang unik dan ringkas, serta penutup belakang boleh-ubah mengikut warna. Jika benar telahan saya, Jolla adalah antara kumpulan terawal yang mempromosikan penutup boleh-ubah berwarna dalam produknya selepas Nokia (kini Apple juga sudah menurut jejak langkah ini.)

Rekaan antaramuka SailfishOS juga, jika diamati, seakan-akan sistem operasi Blackberry 10.1 kerana ia amat berorientasikan sentuhan untuk mengoperasikannya. Susun aturnya juga amat bersih selain mengekalkan sifat ringkas yang kini menjadi ikutan semasa.

Buat masa ini Jolla hanya boleh didapati di Finland. Itupan masih dalam fasa pesanan awal. Bila agaknya Jolla akan sampai ke Malaysia?








Sumber 1. 
Sumber 2. 
Sumber 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|