Isnin, 14 Oktober 2013

SENI REKA - Beastgrip. Padankan Lensa SLR Dengan Telefon Pintar!

Komuniti Kickstarter sememangnya terkenal dengan pelbagai kejayaan membiayai projek projek perintis di serata dunia. Terdapat puluhan projek unik yang jika anda amati, dapat menjadi inspirasi untuk anda mencetus idea dalam mereka produk produk baru.

Dicetuskan dengan minat untuk mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintarnya. Vadym Chalenko, seorang pereka grafik dan juga penggemar fotografi dari Chicago telah mereka satu alat yang membolehkan apa sahaja lensa yang ada dipadankan dengan telefon pintar pelbagai saiz. Ia digelar Beastgrip.



Konsep Beastgrip adalah bertujuan untuk menggabungkan kemampuan telefon pintar yang ada pada hari ini dengan lensa berkualiti tinggi yang datang sekali dengan DSLR sedia ada. Jadi anda boleh bayangkan, bagaimana gambar yang akan terhasil apabila kemampuan merakam gambar dan video beresolusi tinggi digabungkan dengan lensa Nikon atau Canon (dan banyak lagi).

Sehingga ke hari ini, projek Beastgrip telah mencapai sasarannya untuk mengutip USD$25,000 daripada orang ramai. Awal beberapa hari daripada tarikh tutup yang ditetapkan.

BEASTGRIP











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|