Selasa, 22 Oktober 2013

SENI REKA - Adakah iOS 7 Direka Menggunakan Microsoft Word?

Jika anda masih ingat semasa ulangtahun kemerdekaan ke 55 Malaysia yang lepas, ramai yang mengkritik rekaannya yang begitu ringkas dan picisan, hinggakan ada individu yang memuat naik video bagaimana logo itu boleh sahaja direka dengan mudah menggunakan Microsoft Word.



Semalam, Václav Krejčí, seorang pereka seni grafik dari Republik Czech, telah memuat naik video yang mengejutkan ramai. Video itu memaparkan bagaimana ia meniru rekaan antaramuka iOS 7 dengan hanya menggunakan Microsoft Word! Jika anda perhatikan secara teliti, ketepatannya hampir 90% serupa.

Sebenarnya, Václav Krejčí ini adalah seorang yang mempunyai visinya sendiri tentang rekaan seni. Beliau menyatakan dalam laman webnya, bahawa beliau mahu menunjukkan, sebenarnya rekaan seni grafik ini boleh dipelajari orang semua orang dengan menggunakan perisian yang mereka sudah biasa, dan dalam konteks video ini; Microsoft Word.



Václav Krejčí ada menulis sebuah Ebuku berkisarkan idea ini. Ebuku itu dipenuhi grafik grafik hebat yang jika sekali dipandang, mungkin menggunakan perisian popular seperti Illustrator ataupun Photoshop, tetapi hakikatnya, grafik grafik itu dihasilkan dengan menggunakan Microsoft Word.

Pada saya, video ini memberi maksud tersirat iaitu, perkakasan hanyalah perkakasan, individu yang menggunakan perkakasan itu adalah yang lebih penting.

Apa pula pandangan anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|