Rabu, 16 Oktober 2013

SENI REKA - 6 Rekabentuk Hebat Kereta Kompak Moden

Menjelang suku pertama dalam 100 tahun pada Millennium ini, manusia sejagat kini lebih menghargai penggunaan bahan api fosil yang saban hari makin kurang kandungannya di dalam perut bumi. Pengguna juga kini lebih bijak dalam mencatur perbelanjaan bahan api mereka, tambahan pula harganya sekarang lebih mahal jika dibandingkan dengan 20 tahun sebelum ini.

Oleh hal yang demikian, pengeluar pengeluar kereta juga nampak akan trend ini maka, mereka pun turut serta dalam mengeluarkan produk produk kereta yang lebih efisien dalam penggunaan bahan api, disamping mengurangkan kesan pelepasan karbon ke alam sekitar. Untuk mencapai sasaran itu, majoriti jenis enjin yang terbina dalam adalah enjin yang mempunyai sesaran tidak kurang 1.0CC dan tidak lebih daripada 1.6CC. Apa yang menarik, rekaan yang datang dengan kereta kereta ini kelihatan begitu moden dan futuristik, disamping mengekalkan ciri ringkas pada kemasan luaran dan dalaman masing masing.

Ada yang sudah boleh anda jumpa di jalan raya dan ada diantaranya akan berada dalam pasaran Malaysia pada beberapa bulan akan datang. Nantikan kereta kereta baru ini di jalan raya!

DAIHATSU AYLA

FIAT 500


HYUDAI i10 2014


PEUGEOT 208

KIA PICANTO 2014

SCION IQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|