Ahad, 6 Oktober 2013

SENI REKA - 6 Jam Pintar Era Baru

Jam Pintar adalah jam tangan digital yang mempunyai fungsi melangkaui fungsi jam digital konvensional. Jika anda masih ingat, 20 tahun belakangan ini, pasti anda pernah menjadi pengguna jam tangan Casio yang mempunyai fungsi Mesin Kira, Waktu Dunia, Memo dan juga fungsi Buku Telefon.

Bagi jam pintar generasi baru ini, ia secara tidak langsung berfungsi sebagai komputer mini. Selalunya, ia menjadi pemudah cara atau perantara diantara pengguna dan telefon pintar. Antara contoh fungsi yang ada pada jam pintar generasi baru adalah membaca mesej ringkas, kamera, termometer, altimeter, kompas, barometer dan juga sistem kedudukan sejagat (GPS).

Ada ura-ura Google akan menlancarkan jam pintar keluaran mereka tersendiri pada penghujung Oktober ini. Ia digelar sebagai Google Gem. Apalah agaknya pula pendekatan rekabentuk yang Google akan ambil kali ini.

Terdapat lebih daripada 10 jenis jam pintar yang ada di pasaran buat waktu ini, tetapi hanya ada beberapa jenis jam pintar yang mempunyai rekabentuk futuristik, ringkas dan moden di samping masih mengekalkan fungsinya yang pelbagai.

Jom lihat, beberapa jenis jam pintar yang bagi saya baik daripada segi rekabentuknya.

COOKOO

PEBBLES

SAMSUNG GEAR

KREYOS

METAWATCH

SUUNTO

SUMBER 1 
SUMBER 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|