Khamis, 10 Oktober 2013

SENI BINA - Rumah Totem Bergeometri

Rumah ini dimiliki oleh Robert dan John, ia terletak di kawasan perumahan Toronto, Kanada. Mereka berdua gemar mengembara sambil mengumpul artifak daripada artis artis tempatan. Selain gemar memasak, mereka sukakan rekaan yang ringkas dan minimal. Seboleh bolehnya, mereka akan mengelakkan apa sahaja yang tidak perlu dan tidak penting dalam perkara yang mereka lakukan.

RZLBD menyedari hal ini dan mereka satu rekaan rumah yang sesuai dengan mereka. Berinspirasikan dengan elemen ringkas dalam geometri segi empat sama, ia dimulakan dengan grid 10' x 10' persegi. Seterusnya, modul modul bilik diletakkan dengan berhati hati.

Boleh dilihat, rumah rumah disekitarnya masih mengekalkan rekaan konvensional, sedangkan rumah ini sangat berbeza jika dibuat perbandingan. Cuba pula lihat kemasan luar pada dindingnya, penggunaan bata hitam dan kepingan kayu sebagai kemasan tingkap sebelah atas menaikkan lagi seri rumah ini. Mungkin supaya ia tidak kelihatan terlalu ringkas. Rumah berkeluasan 1600 kaki persegi ini menggunakan rekaan tingkap yang luas, membuatkan rumah ini sungguh efisien dalam penggunaan tenaga pada waktu siang hari.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|