Sabtu, 12 Oktober 2013

SENI BINA - Rumah +Tenaga Farschweiler

Rumah ini dibina menggunakan pelbagai elemen binaan; konkrit untuk tingkat bawah dan kayu pula untuk tingkat atas. Kemasan yang anda lihat pada dinding bahagian luar yang menggunakan kayu, dilekatkan tanpa menggunakan apa apa bahan perekat, kerana pemiliknya mahukan rumah yang mesra kepada alam sekitar.

Walaupun kelihatan agak statik, ruang dalaman rumah ini direka untuk bersifat menyeimbangkan suhu sekitar secara pasif. Dinding kayu rumah ini akan menyerap haba yang dilepaskan daripada elemen konkrit pada bahagian tingkat bawah.

Jika dilihat daripada struktur tingkap dan pintu rumah ini, ia sebenarnya sengaja direka besar dan luas untuk menggalakkan sistem pengudaraan dan pencahayaan semula jadi, oleh itu bolehlah dikatakan rumah ini sangat efisien daripada segi penggunaan tenaga.

Seperti kebiasaan yang anda boleh lihat dalam rekaan rumah rumah tempatan, banyaknya direka dengan modul bilik di tingkat atas manakala ruang tamu dan dapur di tingkat bawah. Namun, rekaan Rumah +Tenaga Farschweiler oleh Tetuan Arkitek Stein Hemmes Wirtz dari Jerman ini menggunakan pendekatan sebaliknya.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|