Khamis, 3 Oktober 2013

SENI BINA - Rumah Minimalis David Karp

Siapa yang tidak kenal David Karp. Beliau adalah pengasas dan juga pengarah Tumblr, platform blog mikro yang digemari ramai. Untuk pengetahuan anda, Tumblr kini sudah pun dipunyai Yahoo pada 20 Jun yang lepas dengan nilaian harga USD$1.1 Bilion.

Pendekatan minimalis antaramuka Tumblr satu ketika pada tahun 2007 dahulu menjadi pelopor kepada laman web yang lain, pada waktu sekarang hampir kebanyakkan laman web terkemuka sudah pun beralih kepada rekabentuk yang lebih ringkas.

Idea keringkasan dalam rekabentuk ini memang bukan sahaja diterjemahkan pada Tumblr, tetapi David Karp sendiri mempunyai hiasan dalaman rumahnya yang ringkas dan minimalis. Apa yang janggal, sangat sedikit alat digital yang anda boleh lihat dalam rumahnya, kerana beliau sendiri tidak gemar dengan skrin. Lebih kepada analog dan fundamental.














Sumber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|