Ahad, 6 Oktober 2013

SENI BINA - Rumah Kiub Minimalis 10m x 10m x 10m

Idea untuk mengoptimumkan ruang adalah perkara utama dalam sesuatu pembinaan rumah. Tambahan pula, nilai hartanah semakin meningkat pada hari ini.

Di suatu tempat bernama Utrecht, Belanda. Sebuah rumah kiub bersaiz 10m x 10m x 10m telah dibina oleh tetuan arkitek 123DV.

Pelan lantai bagi rumah tiga tingkat ini telah dibahagikan kepada dua, iaitu 2.5m x 9.5m bagi zon segi empat tepat dan 6.5m x 9.5m bagi zon ruang lebar. Hasilnya, ruang luas dapat digunakan seoptimum mungkin terutamanya bagi bilik tidur, bilik mandi dan juga ruang tamu.

Di Malaysia, saya masih tidak jumpa lagi rekabentuk rumah seperti ini, atau mungkin saya terlepas pandang.






















SUMBER 1.
SUMBER 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|