Rabu, 23 Oktober 2013

SENI BINA - Rumah Kayu Arado

Keinginan untuk menikmati gaya hidup yang tenang dan damai membuatkan seorang pemain Violin daripada pasukan Orkestra Minnesota membina sebuah rumah kayu di kawasan tanah lapang bersebelahan Tasik Pepin, Goodhue.

Penggunaan kayu pine jenis Douglas fir menambahkan lagi ciri eksotik rumah ini walaupun pilihan siri perabotnya yang diperoleh dari IKEA menambahkan serba sedikit elemen moden dan kontemporari.

Kemasan dinding luarnya pula menggunakan lepaan simen yang dicat dengan sejenis cat teroksida, ia bertujuan untuk memberikan kesan dan efek elemen karat walaupun sebenarnya ia masih baru.

Disiapkan pada tahun 2003, rumah yang berkeluasan 336 kaki persegi ini direka oleh Tetuan Arkitek Alchemy dengan proses fabrikasi luar tapak di kilang oleh Geoffrey Warner.

Jika di Malaysia, rumah rumah seperti ini, sering anda boleh lihat di kawasan dusun buah buahan. Selalunya di kawasan desa, yang mana rumah di kawasan dusun ini dimiliki oleh mereka yang tinggal di bandar. Sekadar menjadi rumah rehat pada hujung minggu. 










Sumber 1
Sumber 2
Hakcipta Gambar - Doug Fogelson

1 ulasan:

  1. love being simple...n back to basic.

    BalasPadam

|