Rabu, 2 Oktober 2013

SENI BINA - Model Apartment Mikro di New York

Berkeluasan 141, 300 KM persegi, bandar New York yang berpopulasi 19, 570, 261 penduduk ini sudah tentunya menghadapi masalah kekurangan tempat tinggal. Ditambah pula dengan kos kehidupan yang saban hari semakin tinggi. Datuk Bandar New York Michael Bloomberg mempunyai pelan bernas bagi menambah skim perumahan penduduk New York.

Pertandingan untuk mencari rekaan yang paling sesuai telah diadakan, ia diberi nama "adAPT NYC". Pertandingan ini adalah sebahagian dalam pelan Pasaran Perumahan Baru Michael Bloomberg bagi bandar New York. Apa yang menarik perhatian adalah, pertandingan ini mencabar arkitek untuk mereka bentuk apartment yang khusus bagi seorang atau dua orang di samping harga yang berpatutan. 

Ia telah dimenangi oleh kumpulan kolektif yang terdiri daripada Monadnock Development LLC, Actors Fund Housing Development Corporation dan juga nARCHITECTS.

Mungkinkah Malaysia patut menggunakan langkah perlaksanaan yang sama seperti Datuk Bandar New York lakukan, terutamanya ketika harga hartanah semakin tidak masuk akal sekarang?












Sumber 1.
Sumber 2.
Sumber 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|