Isnin, 14 Oktober 2013

REKA SEMULA - Konsep Rupabentuk Baru Facebook

Melayari Facebook sememangnya boleh dikatakan menjadi rutin seharian bagi masyarakat pada hari ini, kalau tdak di telefon pintar masing masing, Facebook akan dilayari menggunakan Laptop atau pun Desktop.



Sehingga ke hari ini, Facebook sudah beberapa kali menukar antaramuka penggunanya sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 2004. Pada tahun 2013 ini, antaramuka penggunanya sudah pun sedikit sebanyak beralih kepada rekaan yang minimal dan ringkas. Aplikasi telefon pintar rasmi Facebook juga telah dikemaskini kepada versi terbaru yang lebih mengikuti trend semasa.

Fred Nerby, seorang pereka grafik dari Melbourne, Australia, telah mereka semula satu konsep antaramuka pengguna untuk Facebook berdasarkan visi beliau sendiri iaitu; rekaan, produksi digital dan pembangunan pada masa depan lebih terletak pada pengfokusan maklumat yang lebih terperinci.

Apa yang saya boleh katakan, rekaan semula antaramuka Facebook ini memang hebat dan menarik! Saya pasti, mereka yang berada di ibu pejabat Facebook, Menlo Park, California sekarang sudah tentu menginginkan rekaan yang sama!


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|