Isnin, 14 Oktober 2013

REKA SEMULA - Konsep Rekaan Semula Twitter

Dengan angin perubahan rekaan ringkas dan minimal yang melanda sekarang. Dapat kita saksikan, Windows 8, iOS 7 dan beberapa aplikasi atas talian yang lain sudah beralih arah.

Tidak mengejutkan nanti, apabila OSX 10.9 Mavericks diumumkan kelak, dan terdapat kemaskini pada siri 10.9.X yang seterusnya, Apple juga akan turun mengikut jejak langkah rekaan ringkas dan minimal ini pada antaramuka pengguna sistem operasinya.

Walaupun begitu, laman web blog mikro sosial terkemuka Twitter, masih lagi belum mengubah antaramuka penggunanya bagi versi atas talian secara rasmi. Bertitik tolak dari itu, seorang pereka dari Warsaw, Poland bernama Dawid Dapszus, telah mengilhamkan satu konsep rekaan antaramuka yang ringkas dan minimal bagi Twitter.

Perhatikan bagaimana ikon ikon dan butang menggunakan konsep yang lebih rata jika dibandingkan sebelum ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|