Semenjak peralihan
iOS 6 kepada
iOS 7, banyak perubahan
antaramuka pengguna yang bagi saya ada penambahbaikannya. Beberapa input gerak isyarat baru yang diperkenalkan memudahkan lagi pengguna untuk mengoptimumkan penggunaan
iPhone.
Namun begitu, konsep minimal yang dibawakan iOS 7 sedikit mengecewakan, apabila rekabentuk antaramukanya seakan akan direka dalam jangka masa yang pendek kerana, beberapa perincian rekabentuk yang ada dalam iOS 6, tidak ada dalam iOS7. Ada juga beberapa kesilapan penggunaan saiz
rupa taip yang berbeza setiap satu, ada juga penjajaran tulisan yang tidak seimbang.
Beberapa pereka kreatif telah mereka semula antaramuka iOS 7 mengikut citarasa mereka dengan melakukan perubahan utama pada rekabentuk utama seperti perincian ikon, antaramuka galeri dan antaramuka pemain muzik. Walaupun rekaan semula ini tidak mencerminkan apa yang Apple kehendaki pada kemaskini akan datang, tetapi ia secara tidak langsung memberikan satu gambaran bagaimana iOS 7 sepatutnya diterbitkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan