Selasa, 8 Oktober 2013

PERISIAN - Sekilas Pandang Permainan Battlefied 4 Versi Beta

Semalam saya baru selesai memuat turun Battlefield 4 versi Beta yang dibaru 3 hari dilancarkan melalui perantara Origin. Tujuan pihak EA melancarkan versi Beta ini secara percuma adalah untuk menguji tahap kesediaan pelayan mereka bagi menghadapi keadaan sebenar apabila dilancarkan dalam versi penuh pada 29 Oktober ini.



Versi Beta ini boleh dimuat turun melalui konsol XBOX360, SONY PS3 dan juga PC. Perlu diingatkan bagi versi PC, Windows 64-bit sahaja yang dibenarkan (Windows 32-bit boleh didapati dalam versi penuh nanti). Selain itu, pemacu kad grafik anda juga perlu dikemaskini kepada versi yang paling terbaru.

Jika anda masih ingat, pada sidang media E3 tahun ini. Battlefield 4 telah dipamerkan kepada umum melalui demonstrasi permainannya yang sungguh mengagumkan.



Apa yang menarik, seperti keluaran Battlefield sebelum ini, anda boleh mengikuti perkembangan profil anda dan rakan rakan dalam mod Multiplayer melalui Battlelog yang boleh dimuat turun ke dalam peranti mudah alih anda, iOS dan Android.



Kemampuan enjin Frostbite 3 memacu persekitaran permainan Battlefield 4 ini sungguh mengujakan! Hampir semua tekstur akan bergerak balas terhadap tindakan anda hinggakan bangunan yang tinggi jika diletupkan tiangnya juga akan runtuh!












MUAT TURUN BF4 BETA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|