Selasa, 8 Oktober 2013

PERISIAN - Mozilla Appmaker oleh Mozilla Labs

Komuniti perisian percuma Mozilla baru sahaja melancarkan satu perisian mesra pengguna yang dipanggil AppMaker. Perisian ini disasarkan untuk kegunaan awam tidak kira apakah latar belakang pengetahuan mereka dalam ilmu pengaturcaraan komputer. Ia membolehkan pengguna mereka aplikasi peranti telefon pintar mereka sendiri tanpa perlu menulis kod sumber secara langsung. Mudah bukan?




Saya rasakan ini adalah langkah langkah inisiatif Mozilla untuk meningkatkan lagi publisiti dan tahap kepenggunaan sistem operasi telefon pintar, Firefox OS mereka secara lebih meluas kelak.

Firefox OS telah diperkenalkan kepada umum pada awal tahun 2012 dengan menggunakan telefon pintar Android sebagai platform. Selepas itu, pada tahun 2013, ia sekali lagi diperkenalkan melalui sistem komputer bersaiz kad kredit Raspberry Pi.

Pada bulan Jun yang lepas (2013), pihak ZTE daripada Tanah Besar China telah bersetuju untuk melancarkan telefon pintar komersial pertama menggunakan Firefox OS. Ia digelar ZTE Open.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|