Isnin, 21 Oktober 2013

PERISIAN - Memperkenalkan Seene. Aplikasi Gambar 3D di Telefon Anda

Apabila iOS 7 diperkenalkan pada pertengahan September lepas, salah satu ciri yang menarik adalah ciri "Parallax" yang diterapkan pada latar belakang skrin peranti iOS 7. Jika anda mengagumi bagaimana gambar latar belakang itu bergerak seiring dengan pergerakan iPhone anda, maka aplikasi Seene yang baharu ini pasti lebih mengujakan.



Seene adalah satu aplikasi percuma yang membolehkan anda mengambil gambar dan kongsikan bersama rakan rakan anda di atas talian. Konsepnya sama seperti Instagram, cuma gambar yang diambil bukan dalam bentuk pegun 2D seperti biasa, tetapi ia akan dirakam bentuk 3D!



Satu satu gambar mengambil masa dalam 5-10 saat untuk diambil (cubaan pertama saya). Buat masa ini, aplikasi ini hanya disediakan pada platform iOS sahaja, mungkin jika sambutan menggalakkan, pasukan Seene yang berasal dari London, UK ini akan membangunkan versi Android pula.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|